Blogger news


PSK 27-SMK Teluk Air Tawar



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah. Selesai sudah Program Semarak Kasih 27 yang telah diadakan di SMK Teluk Air Tawar pada 8 hingga 10 Februari yang lalu. Program ini telah melibatkan pelajar daripada tingkatan 3 dan tingkatan 5 yang bakal mengambil peperiksaan PMR dan SPM.

Kepada semua adik-adik SMK Teluk Air Tawar, tahniah diucapkan kerana sudi menyertai sekaligus menunjukkan kesungguhan terhadap Program Semarak Kasih ke-27 anjuran Kelab Ikatan Kasih Rumpun Anak-anak Melayu (IKRAM) ini. 

Kami telah mendapat pelbagai respon yang positif daripada adik-adik melalui borang-borang yang telah diedarkan. Turut dihargai, kritikan dan cadangan yang membina daripada adik-adik akan kami gunakan untuk memantapkan lagi program kami yang seterusnya.

Slot 'Ini Hidup Saya'



Kuliah Maghrib oleh fasilitator Shah

Slot 'Ice Breaking'

Aktiviti 'Explorace'
Kami berharap agar adik-adik dapat memanfaatkan segala perkongsian yang telah diberikan sepanjang program ini berlangsung. Kami hanya diumpamakan membuka pintu bagi kejayaan adik-adik. Terserahlah kepada adik-adik sama ada ingin memasuki dan meneroka apa yang ada melalui pintu tersebut atau sebaliknya. Kami sentiasa mendoakan kejayaan adik-adik.
 
Semoga adik-adik berjaya di dunia dan akhirat ! :)




{[['']]}

2 ulasan:

 

INSTA!

Join GanG KelajuAn

KOMEN TERKINI!