"sesungguhnya berungtunglah orang yang menyucikan jiwanya dan rugilah orang yang mengotorinya." - Surah asy-syam, ayat 9-10
Mendirikan solat lima waktu sudah tentunya sama dengan menyucikan jiwa,apalagi jika di-iringi dengan solat sunat dan amalan-amalan sunat yang lain. kadang-kadang sebagai umat islam kita kerap alpa, lupa dan mengambil mudah mengenai amalan ibadah kita, mungkin kita meletakkan "owh, kami sudah islam, mengapa perlu bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah, kerana kita telah dijanjikan syurga, cukuplah sekadar solat lima waktu". namun dengan kata-kata ini, adakah ia membuktikan solat lima waktu kita itu berkualiti, dan apa pula jaminan kita akan kekusyukan solat yang kita laksanakan selama ini.
Dalam islam, setiap nilai ibadah selalu diimplikasi pada kehidupan seharian yang bersifat muamalah ataupun sosial. oleh itu, senang dan jelaslah jika peribadi dan sikap seseorang itu dalam mengatahui kualiti solat mereka.
"... iaitu orang yang beriman dan hati menjadi tenteram jika mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah, hati menjadi tenteram" - surah ar-rad 28
Solat selama ini belum mengubah sifat keluh-kesah lagi kikir menuju jalan Allah, perlu bagi kita mengusahakan solat yang mampu mencerminkan perilaku hidup yang penuh dengan rasa syukur, ikhlas dan dapat membuang sifat-sifat serta fikiran-fikiran negatif.
mengapa ia begitu? baik juga kita mendalami solat kita selama ini, setiap hari perlukan pembaharuan dan ia bersifat konsisten, tidak perlukan pelaksanaan yang terlampau besar. seperti hari ini kita melaksanakan solat seperti biasa, esoknya kita terus melaksanakan solat sunat bagi setiap solat sebagai ibadah tambahan, bukan maknanya untuk menghalang amalan seseorang, tetapi disini... kita perlu tahu kadar kemampuan dan tahap kesedaran perlaksanaan ibadah keatas diri kita. lebih baik kita mula dengan sedikit demi sedikit diiringi dengan displin.
"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh-kesah lagi kikir. Apabila ditimpa kesusahan, ia berkeluh-kesah dan apabila ia mendapat kebaikan ia menjadi kikir KECUALI orang yang MENGERJAKAN SOLAT DENGAN TETAP" al-ma'arij 19-23
Sebelum menunaikan sebarang ibadah terutamanya Solat Wajib, pendahuluan NIAT yang ikhlas sesungguhnya kerana ALLAH dan kita lakukan demi ALLAH dan mengharapkan hanya redha ALLAH,malah tidak rasa terpaksa dalam melaksanakan ibadah, maka USAHA kita seperti perlaksanaan solat dapat dilaksanakan dengan baik. dan akhir sekali begitulah tuntutan ber-DOA sebagai Tawakkal moga solat atau usaha ibadah menjadi efficient serta berkualiti.
Ada lima kriteria dalam batasan-batasan Solat,yang meliputi :.
Mu'aqqib(pengintai), Muhasib(Penghitung),Mukaffara'anhu (penerima ampunan), Mutsab(penerima pahala), Muqarrab min Rabihi(Peraih kedekatan dengan Tuhan) lima kriteria ini menunjukkan golongan atau kelompok pelaksana solat, ada solat yang tidak bernilai langsung, ada pula hanya sekadar solat pelaksanaan dan ada yang berada diperingkat tertingi malah disukai Allah swt.
- Mu'aqqib(pengintai) :. Golongan yang termasuk didalam kelompok ini adalah golongan yang menganiayai diri sendiri,ia boleh dilihat kerana sangat berkurangan dari segi kesempurnaan,rukun dan tertib didalam wuduk serta perlaksanaan solatnya.
- Muhasib(Penghitung) :. Golongan ini mampu menyempurnakan wuduk serta tertib solatnya namun malangnya tidak mampu menguasai hati untuk kusyuk kepada Allah.
- Mukaffara'anhu(penerima ampunan) :. Meraka mampu memperhatikan tata dan menyempurnakan wuduknya serta solatnya tepat pada tertib serta rukunnya,disamping itu meraka sering berjuang menguasai hati dan melawan nafsu.
- Mutsab(penerima pahala) :. Kelompok yang mempu menyempurnakan segala kewajipan,rukun-rukun serta hatinya sibuk menjaga solatnya daripada lalai segala potensi dikerahnya bagi mencapai solat yang sempurna.
- Muqarrab min Rabihi(Peraih kedekatan dengan Tuhan) :. Kelompok yang sama dengan mereka ditahap mutsab, ia ditambah dengan usaha menempatkan diri dihadapan Allah yang maha Agung, sering beribadah seakan-akan mereka melihat Allah dan secara langsung hadir didepan Allah, mereka mampu mengendalikan hati hingga sentiasa kusyuk melaksanakan solat atau apa-apa ibadah, dan sudah pasti kelompok ini amatlah istimewa.
Sebagai konklusi, anda kalian fikirkan dan hisablah diri sebelum Allah menghisab diri kita, lihatlah ditahap manakah kedudukan solat kita, dan yang paling penting, perbaiki dan permantapkan lagi dalam usaha mencapai kedudukan yang paling istimewa di pandangan Allah, moga kita dijauhi segala keburukan dan kemurkaan-Nya.
rujukan:.
- megnet Rezeki Solat Dhuha.(PTS)
- indahnya Saat Bersama-Mu: panduan praktikal Qiamullail (Telaga Biru)
{[['']]}
0 ulasan:
Catat Ulasan