1) ada banyak simpang
2) ada u-turn
3) ada roundabout
4) ada traffic light
5) ada batu, lubang-lubang
6) ada macam-macam papan tanda
7) ada macam-macam peraturan
8) dan sebagainya......
2) Kalau tersalah masuk simpang, boleh u-turn patah balik. Lalu balik jalan tadi lepas tu masuk simpang yang betul. Tapi untuk jumpa jalan u-turn tu kadang-kadang jauh, mengambil sedikit masa. Sempat ke kalau buat u-turn pun? Ataupun berbaloi ke kalau buat u-turn balik? Mungkin simpang yang kita salah masuk tu boleh jugak sampai ke destinasi yang dituju kan? Cuma kita kurang pasti sebab tak pernah lalu jalan tu.
3) Ataupun kita nak pusing-pusing dekat roundabout je? Sebab tak tahu nak pergi straight ke, kanan ke, atau kiri. tapi berapa lama nak main pusing-pusing? Kepala yang pusing nanti.
4) traffic light ada warna merah, kuning, hijau. Merah tanda berhenti. Mungkin, dalam hidup ni ada sesuatu perkara yang kita perlu berhenti dari terus melakukannya. Apakah? Kuning pula tanda sedia berhenti tapi bagi pemandu yang berani, itu menandakan sedia pecut! Mungkin, ada jugak sesuatu perkara, kita kena slow down sikit. Sebelum merah mesti kuning dulu. Kenapa? Sebab nak beritahu orang yang lampu merah nak dekat, supaya orang boleh sedia untuk memperlahankan kenderaan. Takda lah tiba-tiba break emergency. Sama lah jugak dalam hidup ni. Ada sesetengah perkara yang tidak boleh kita stop secara drastik. Kena stop secara slow-slow dan sikit-sikit dulu..
5) lubang-lubang ataupun batu boleh diibaratkan sebagai apa jua masalah ataupun halangan. Samada ianya besar ataupun kecil, kita perlu mengelaknya selagi mampu. Jika tidak boleh dielak, perlu lah melaluinya dengan penuh berhati-hati dan cermat.
6) papan tanda menandakan ada perkara2 yang perlu kita ikut ataupun panduan penunjuk arah. Kenapa? Supaya perjalanan kita terarah. Tak sesat. Terkawal, selamat dan sejahtera. Panduan yang perlu kita ikut tak lain tak bukan adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Terkawal, selamat dan sejahtera pula dengan hidup dengan cara hidup Islam.
7) Peraturan2 yang ada bukannya menyekat perjalanan kita - kata2 ust.Pahrol Juoi. Kita takkan terhenti pun. Perjalanan masih boleh diteruskan cuma dalam keadaan yang lebih terkawal dan tidak melanggar batasan-batasan yang ada. Mungkin ada yang rimas dengan peraturan-peraturan yang ada. Tapi percayalah, ianya tak dicipta hanya utk suka-suka sahaja. Mesti ada sebabnya. Untuk menjaga manusia juga. Kalau kita ikut, Insyallah akan berasa selamat, terjaga dan baru tersedar dan rasa bahawa sebenarnya peraturan-peraturan itu sangat indah!
Sekian, wallahualam. Wassalamualaikum W.B.T~~ (^_^)
{[['']]}
wah! kagum saya mmbca post ini :)
BalasPadamhee~ Terima kasih,alhamdulillah.. :)
BalasPadamkalau blh tau post ni ambik dri lagu apa ye:)
BalasPadamhehe..dia bukan tajuk lagu pun..tp hanyalah sebahagian drpd liriknya. tp actually,kalu ikut lirik-heart is like an open highway,salah dgr..tp boleh terima jgk kan?hee~
BalasPadamKhairi Nairfan like this ^_^
BalasPadamkhairi nairfan : thank you,alhamdulillah (~_^)
BalasPadam@};-
BalasPadamakak post la kat iLuvIslam~~
BalasPadam