Blogger news


Adakah berdosa tidak menjawab salam dalam jamaah????


 
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.......Sering kali kita mendengar orang awam mengatakan "hukum memberi salam adalah sunat dan menjawab salam adalah wajib.Jadi sesiapa yang tidak menjawab salam hukumnya berdosa."Persoalan ini sering kita dengar ketika terdapat ceramah motivasi atau seminar yang sering dijalankan disekolah mahupun di universiti.Apakah benar hukum yang disampaikan oleh 'motivator-motivator' tersebut?Disini saya ingin bawakan satu perkongsian ilmu buat ikramies.Semasa cuti semester yang lalu,saya pernah menonton rancangan tanyalah ustaz di tv9 yang disampaikan oleh ustaz Ahmad Husni yang bertajuk "Salam".Kata ustaz,....."Memulakan pertemuan dengan memberi salam adalah sunat. Sekiranya beramai-ramai memberi salam menjadi sunat kifayah. Sunat kifayah bermaksud; sunat ke atas kumpulan ramai tersebut memberi salam. Apabila seorang melakukannya, pahalanya akan diperolehi oleh semua.Menjawab salam pula, sekiranya berseorangan hukumnya menjadi fardhu ain. Sekiranya beramai-ramai, menjawab salam menjadi fardhu kifayah. Sekiranya seorang menjawab salam, gugurlah tuntutan atas semua orang lain. Sekiranya semua yang hadir menjawab salam, itu lebih baik. Sekiranya semuanya meninggalkan menjawab salam, semua akan berdosa....
Dalilnya ialah hadis nabi : ( يجزء عن الجماعة إذا مروا أن يسلم أحدهم ، ويجزء عن الجلوس أن يرد أحدهم ),
maksudnya: “cukuplah bagi sekumpulan manusia apabila mereka melintasi orang lain dengan salah seorang mereka memberi salam. Dan cukuplah bagi kumpulan yang duduk dengan salah seorang mereka menjawab salam.” (hadis riwayat Abi Dawud).......
Tapi ingin saya tekankan sekali lagi,ADALAH LEBIH BAIK MENJAWAB SALAM WALAUPUN BERADA DALAM SATU JAMAAH.....saya merasakan perlu menjelaskan isu ini supaya kita tidak mencipta hukum baru atau membawa kekeliruan kepada masyarakat.Wallaualam.....(Allah jualah yang lebih mengetahui)
{[['']]}

5 ulasan:

  1. Assalamualaikum W.B.T..haa jawab

    BalasPadam
  2. Difikirkan semula, masalah orang sekarang tentang agama bukannya apa, kita dan mereka sering mengendahkan sesuatu yang remeh dan dibesar-besarkan, tetapi kita sering buat-buat layan sahaja perkara ibadat yang penting seperti solat, masing-masing menegaskan mereka mazhab ni dan ni, penyudahnya bercampur aduk, lagi best apa bila ada pula yang kata kami ikut mazhab kamu punya mazhab salah la, imam kamu tak pandailah, ulamak dahulu xpintar la, habis kita ni? TSIQAH sangat ke? wallahualam... (sekadar renungan)

    BalasPadam
  3. waalaikumsalam....akan tiba satu zaman dimana bala akan turun dr Allah setelah 15 perkara berlaku.salah satunya ialah msyrkt kini akan melaknat kaum terdahulu.

    BalasPadam
  4. jawapan salam jika dirujuk pada ejaan arabnya>>> waalaikumussalam.
    bukan waalaikumsalam. kita dah terbiasa dengan yang biasa..jadi lepas ni,sama-samalah kita menggunakan>> waalaikumussalam..

    BalasPadam

 

INSTA!

Join GanG KelajuAn

KOMEN TERKINI!