Salam Aidil FitriHari ini ku maafkanmu... kamu Maafkanku jua,moga bukan neraka jalan pilihanmu buatku...
MAAF?
Setiap kali menjelma Aidil Adha, Syawal menjadi pembersih kepada segala duka lara, juga sebagai pembersih segala dosa nista antara kita... sesama manusia.
APA KATA DiHATIMU?
Wallahualam, mungkin kadang-kadang banyak benda berbisik dihati ini (lagilah yang dibisik - moga kita dijauhi dari laknatullah yang membisik), adakah kita ini benar-benar menyampaikan maaf sebanar-benar bahasa itu berfungsi?
Cuba kita menelaah semula diari hati masing-masing, kita maminta maaf dari seseorang, kemudian mengharapkan pengampunan tidak terhingga, adakalanya maaf kita bersifat ala kadar, sekadar "ehem-ehem" ditangga.
Bagaimana pula maaf berfungsi jika begitu?
tidak pula segala emosi dan gambaran flashback menghentam dimuka ingatan kita, disaat kita bersalaman dan/atau melafazkan maaf... flashback??? --> memalukan seseorang itu, menyakiti hatinya, menghampakan pelbagai harapan, dan mendustai segalanya...
SKoP MAAF-MEMAAFKAN:
BENAR!
RASULULLAH SAW PUN MEMAAFKAN UMATNYA...
Tidak pula 'MAAF' itu mampu membahasakan hati luhur yang berkata... kan?
pasti kebanyakan dari kita perkatakan, "penting memaafkan orang..." (jawapannya....ya!). bagi pihak kita yang meminta maaf pula? kita langsung tidak melayarkan akal kita tepat pada maaf Rasulullah SAW.Kita meminta maaf , meronta-ronta apabila ditolak orang, lihat seketika... RASULULLAH memaafkan umatnya... diiringi dengan kesanggupan menanggung SEPARUH KEPERITAN SAKIT AZAB DIHUJUNG NYAWA. memaafkan dengan penuh DOA KESELAMATAN UMATKU...UMATKU...
penuh dengan perasaan kasih dan sayang...
Itulah Rasulullah...
kita?
memaafkan dengan penuh rasa hampa, penuh rasa dendam dan memalingkan muka dengan kesatnya...
Mengapa begitu?
Rasulullah SAW dijanjikan syurga...kenapa kita tidak menjadikan baginda sebagai model kehidupan. Pastinya, dengan menjadikan AHLI SYURGA SEBAGAI ROLE MODEL, pastinya...kita dijanjikan SYURGA.
sebaliknya... golongan artis dijadikan ROLE MODEL, ia tidak salah... kerana mereka tidak dijanjikan syurga. begitu juga kita... [???]
KoNKLUSI :
MAAF TINGGAL SEKADAR BUDAYA
Kita yang meminta maaf? ia penting juga, tetapi ... sekali lagi kita seolah-olah menjadikan maaf dihari raya sebagai medium untuk melarikan diri... (dari dosa terhadap seseorang)
kadang-kadang sebagai budaya semata-mata (ala... saje sonok-sonok)
jadi? ... Bagaimanakah maaf kita?
Tidak perlulah kita melafaz segala DOSA, yang penting, penghayatan kita terhadap MAAF itu sebagai perlaksanaan yang sebenar-benarnya. sebagaimana SOLAT yang kita laksanakan... Kusyuk dalam solat atau sekadar budaya solat.
{[['']]}
0 ulasan:
Catat Ulasan