Blogger news


6 Pers0alaN HiduP.

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.
~ Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama,

"Apa yang  paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar.
"Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah  mati. Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran : 185).


~ Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua.

"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"
Murid -muridnya ada yang menjawab Negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar.
"Tetapi yang paling jauh adalah masa lalu. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak boleh kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari-hari yang mendatang dengan perbuatan yang tidak merugikan".


~ Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga.


"Apa yang  paling besar  di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali.
"Tetapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah nafsu (Al A'Raf : 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka".


~ Pertanyaan keempat adalah,


"Apa yang  paling berat  di dunia ini?".
Ada yang menjawab batu, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali,
"Tetapi yang paling berat adalah amanah (Al Ahzab :72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak menjalankan amanahnya".


~ Pertanyaan yang kelima adalah,

"Apa yang  paling ringan di dunia ini?".
Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali,
"Tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat. Gara-gara sibuk dengan pekerjaan kita seharian, kita tinggalkan solat".


~ Lalu pertanyaan ke enam adalah,

"Apakah yang  paling tajam di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali.
"Tetapi yang paling tajam adalah lidah manusia. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri".


 
Sekian, Wassalam~
Dipetik daripada http://halaqah.net/v10/index.php?page=198
{[['']]}

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

INSTA!

Join GanG KelajuAn

KOMEN TERKINI!