- Menjadi sebuah kelab yang unggul dan berjaya menghasilkan ramai ahli yang mampu memimpin diri sendiri, sahabat dan juga sebuah komuniti, malah berbakti kepada masyarakat
MISI
- Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kokurikulum
- Menyuntik keyakinan dalam diri setiap pelajar
- Melatih pelajar supaya mampu mengendalikan sesebuah organisasi
- Melahirkan individu yang mampu dipimpin dan memimpin
- Kesimpulannya, I.K.R.A.M ingin menghasilkan bakal graduan minda kelas pertama- individu yang berpengatahuan, berdaya saing, memiliki budaya, berprestasi tinggi dan mempunyai nilai moral yang utuh
- Untuk menghasilkan kelab dan pelajar yang cemerlang malah mampu membina diri dari segi akademik dan modal insan yang terpimpin serta mampu memimpin.
- Untuk menghasilkan satu unit kaunseling perantara pelajar yang mampu mendidik rakan sebaya terutamanya tentang persediaan diri dalam menghadapi atau membendung gejala-gelaja merbahaya dari segi sosial dengan mengerakkan aktiviti yang mampu memecahkan kitaran keganasan dan diskriminasi pada diri dan pandangan seseorang atau kelompok itu.
- Untuk membina satu kelompok yang mampu memberi khidmat masyarakat melalui bimbingan kaunseling dan akademik terutamanya kepada pelajar sekolah sejurus memegang kepercayaan sekolah sebagai pelajar (hasil) dari pusat pendidikan (UiTM) dengan khidmat yang diberi.
- Untuk menyeru generasi muda menjadi insan berketerampilan dan mempu mengendali sebarang urusan secara profesional, malah mampu berbakti kepada negara dan UiTM sendiri, juga menjaga imej sebagai rakyat/pelajar Malaysia yang proaktif dan produktif.
- Untuk memegang imej sebagai perantara melalui pergerakan mahasiswa sebagai salah satu unit aktiviti UiTM dengan masyarakat
- Untuk menjadi satu pendekatan atau altenatif UiTM dalam membina pelajar yang mampu menjadi produk pendidikan yang berwawasan, nilai kendiri yang tinggi malah mampu menjana serta memupuk
- Untuk Mengusahakan kerja-kerja bagi pelajar/remaja untuk melibatkan diri ke dalam aktiviti membina berbakti didalam hidup mereka dan dengan ini mereka dapat dihargai sebagai sumber tenaga, imaginasi dan semangat yang mampu berkembang didalam komuniti .
{[['']]}
0 ulasan:
Catat Ulasan