Blogger news


|| '2i' Berakhir dengan permulaan baru ||

Assalamualaikum WBT salam ikatan salam ukhwah
Dengan berkat usaha kurniaNYA, dan junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. Program utama yang menjadi asas kepada laluan perkembangan kehidupan ahli telahpun berlalu sebagaimana mula ia berjalan.EASu berasa amat bangga dengan pelajar UiTMPP yang dapat hadirkan diri bersama kedalam program kelab IKRAM sesi temuduga dan sesi induksi.

Sabtu malam,pada 30/01/2010_ perjalanan perancangan berjalan dengan baik, boleh dikatakan pelajar yang ditemuduga hanyalah dalam lingkungan 30 pelajar, namun kesungguhan yang ditonjolkan oleh kedua-dua belah pihak ahli baru dan senior,secara tidak langsungnya menggambarkan kualiti pelajar yang hadir atas dasar tanggungjawab dan bukan sekadar suka-suka atau paksaan.EASu sangat teruja dengan atmosfera ini setiap kali ia berlangsung, dalam sekian semester EASu bersama dengan Kelab IKRAM, memang sukar dinafikan akan kemampuan pelajar UiTM atau ahli kelab, dapat beroperasi dengan berpakaian kemas malah mengikuti tata tertib seorang yang profesional,satu kehebatan walau dihari minggu,yang kebiasaannya menjadi ruangan untuk di isi dengan aktiviti harian mereka, lebih-lebih lagi waktu malam yang menjadi waktu utama kita sendiri nikmati sebagai hari yang berkualiti untuk berehat.

kemudian hari ahad 31/01/2010 esoknya disambung dengan induksi yang skopnya bertujuan untuk mencungkil keibawaan,kekuatan emosi dan kemahiran bagi memupuk kualiti ahli, sepertimana corak yang dilukis pada kain batik dari garisan, begitulah ia akan diwarnakan bagi menceritakan isi sebenar kehidupan kita, dalam persediaan... sehinggalah dalam penilaian kualitinya .... kelab ini hanya menyediakan modul dan perlaksanaannya sahaja,suka atau tidak... kesan dan kualitinya nanti, ahli yang melaluinyalah akan menilai setiap elemen yang ingin disampaikan itu, bukan mudah bagi kita sendiri yang baru mengenali sesuatu perkara, kebiasaannya ia akan menjadi sekadar jalan untuk dilalui dan bukan tempat untuk diterokai lagi dalamnya...Maksud EASu disini adalah, cuba kita lihat pada diri kita sendiri akan nilai yang ALLAH sampaikan pada solat, adakah solat itu sekadar bercerita kamu perlu solat dengan pergerakan,membaca ayat serta doa semata-mata? adakah kita sekadar menunaikan solat, dan langsung tidak bertanya akan isi tersiratnya? ayuh kita "terokai lagi dalamnya"... pergerakan solat adalah "usaha untuk mencapai-NYA"... dan doa yang diakhir pula mengambarkan "berserahnya" kita pada ALLAH. begitulah aplikasi pada kita... adakah kita yang menemuduga,ditemuduga,yang melalui induksi dan melaksakan program ini nampak akan nilai sebenar? cubalah "duduk disatu sisi" dimana kita menggunakan masa untuk berfikir akan nilainya pada kita."PENGALAMAN TIDAK BOLEH DICIPTA,TETAPI PERLU DILALUI", tetapi... janganlah pula ia sekadar pengalaman,kerana jika pengalaman yang anda kejar,maka pengalamanlah yang anda dapat.

Kita tidak diciptakan melain hanyalah kerana untuk berbakti serta taat kepadaNYA,walau dari pandangan kasarnya, program yang dilancarkan dalah seperti hanya untuk menambah baikkan kualiti kehidupan sebagai pelajar yang belajar ilmu pelajaran diikuti dikampus, malah terapkanlah belajar untuk menghayati agama dalam mencari nyata kehidupan kekal abadi,...sebagai hamba disisi-NYA,


Academic excellence and self development centre
Yang Benar
EASu
{[['']]}

1 ulasan:

  1. hari ni akan masukkan gambarnya,INSYAALLAH...malam skit

    BalasPadam

 

INSTA!

Join GanG KelajuAn

KOMEN TERKINI!