Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan
1. Zalituun
Duduk di pasar atau kedai, berkehandak supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
Menggoda supaya manusia berbelanja lebih, dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah. ini juga merupakan punca terpesongkan agama, murtad dan syirik hati.
3. A'auwan
Menghasut golongan pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
Seronok dengan kedudukan dan kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab malam & tempat yang ADA MINUMAN KERAS).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan kemasyuran dunia.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika TIDAK memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga yang kita dengari hari ini).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia, khususnya ketika berwuduk dan solat malah menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.
{[['']]}
ada dalam buku ctu sem 1.....
BalasPadamDalam kitab 3 sendi agama pun ada, secara asas dan detail
BalasPadam