Blogger news


Puasa Sunat Tasu'a & 'Asyura (9 & 10 Muharram)

Assalamualaikum W.B.T 


Diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Tahun ni 9 & 10 Muharram jatuh pada 5 dan 6 Disember 2011.

Sejarah >>>> sebenarnya banyak sejarah Islam yang boleh dikaitkan dengan 
10 Muharram.  
                   Tapi ustaz cakap, peristiwa yang paling besar  yang boleh kita ambil ialah 
                   bersempena peristiwa Nabi Musa telah diselamatkan daripada tentera Firaun 
                   dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah. 

Dan antara peristiwa lain yang boleh dikaitkan adalah :

1) Hari pertama Allah menciptakan alam.
2) Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
3) Hari pertama Allah menurunkan hujan.
4) Allah menjadikan 'Arasy.
5) Allah menjadikan Luh Mahfuz.
6) Allah menjadikan Malaikat Jibril.
7) Nabi Adam a.s. dicipta.
8) Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon 
keampunan kerana  
    melanggar larangan Allah. 
9) Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit. 
10) Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan 
     bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
11) Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja  
     Namrud. 
12) Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
13) Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya 
selama tujuh 
     tahun. 
14) Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari 
     tersebut. 
15) Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
16) Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
17) Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di 
dalamnya selama 
     40 hari 40 malam. 
18) Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
19) Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
20) Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk 
menyalib baginda. 
21) Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh 
     tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid. (lebih kepada untuk orang syiah)




Hari Tasu'a pula? (hari ke-9 Muharram)

Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:
Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” 
(Riwayat Imam Muslim)
Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya).


 Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).
Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): 
"Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

{[['']]}

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

INSTA!

Join GanG KelajuAn

KOMEN TERKINI!