Blogger news


KELAYAKAN DAN PANDUAN PENGGUNAAN BAUCAR BUKU


KRITERIA KELAYAKAN DAN PANDUAN PENGGUNAAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M)
KRITERIA KELAYAKAN
I. Warganegara Malaysia;
II. Semua pelajar secara penuh & separa masa untuk program Diploma, Ijazah pertama, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah. Pelajar-pelajar program Sijil dan Sijil Profesional tidak layak menerima;
III. Pelajar aktif dan berdaftar dengan Universiti pada 1 Januari 2012 tetapi bagi pelajar yang telah tamat peperiksaan akhir pengajian pada 1 Januari 2012 tidak layak menerima baucar ini (walaupun nama pelajar berstatus aktif);
IV. Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak syarikat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berkenaan;
V. Pelajar yang sedang mengikuti program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) tidak layak menerima bantuan ini kerana adalah pelatih pra-perkhidmatan dan telah diberi elaun;
VI. Pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar di Universiti bagi tempoh 1 Januari 2012 hingga 31 Mac 2012;
VII. Pelajar yang menangguh pengajian bagi tempoh 1 Januari 2012 hingga 31 Mac 2012 tidak layak menerima baucar;
VIII. Bagi pelajar yang sedang menangguh pengajian semasa sesi pengajian September 2011/2012 boleh mendapatkan baucar selepas mendaftar semula untuk sesi pengajian sesi Februari 2012/2013 di pusat pengedaran yang terlibat;
IX. Bagi pelajar yang berada di luar negara, mereka perlu berada di Malaysia dalam tempoh 1 Januari 2012 hingga 31 Mac 2012;
X. Tidak boleh mewakilkan orang lain mengambil baucar bagi pihak mereka.

TEMPOH PELAKSANAAN
Secara one-off bermula pada 1 Januari sehingga 31 Mac 2012 (3 bulan sahaja)

KADAR BB1M
RM200 (RM50 X 4 keping)

TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR
I. BB1M adalah untuk pembelian buku –buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
II. Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini (penjual buku akan memaparkan notis penerimaan baucar buku 1Malaysia di premis jualan). Pelajar perlu mengisi nama dan nombor kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini;
III. Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis. Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;
IV. Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;
V. Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai;
VI. Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja;
VII. Baucar buku yang dihilangkan oleh pelajar tidak akan diganti;
VIII. Pelajar perlu memastikan bahawa terdapat cop rasmi Universiti di baucar;
IX. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN).

{[['']]}

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

INSTA!

Join GanG KelajuAn

KOMEN TERKINI!