Alhamdulillah saya masih lagi diberi kesempatan untuk menulis for the next topic in this blog. Tiba-tiba fikiran ini mengenang kembali kata-kata ustazah saya semasa semester 1 dulu kalau tak silap.
JIKA KAMU MASIH SUKAR UNTUK MENGERJAKAN SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM, CUBA KAMU PAKSA DIRI KAMU SOLAT SELAMA TUJUH HARI TANPA MENINGGALKANNYA. INSYAALLAH SELEPAS 7 HARI ITU, KAMU AKAN GELISAH JIKA TIDAK MENGERJAKANNYA.
Benar kata-kata ustazah itu. Apabila kita melakukan sesuatu perkara secara berturut-turut tanpa meninggalkannya, kita akan rasa resah dan gelisah apabila kamu cuba untuk meninggalkannya.
Kepada yang masih sukar dan malas untuk sembahyang, cubalah cara ini. Insyaallah Allah akan membantu hambaNya yang ingin berubah. Dan ingatlah bahawa hari kematian itu tidak boleh dijangka. Ianya tidak mengira jantina ataupun umur. Jadi, segeralah mengerjakan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.
Wallahua’lam
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
{[['']]}
0 ulasan:
Catat Ulasan