Assalamualaikum & Selamat Sejahtera. :)
Ikhtilat.. Dalam erti kata mudah fahamnya ialah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian, sebagai umat Islam juga sebagai orang Timur, kita lebih terkenal dengan sopan santun, berbudi bahasa sekaligus merangkumi etika pergaulan kita. Semestinya tiptop!!
Penulisan di bawah ini adalah hasil perkongsian ilmu daripada sahabat kita, saudara Ashraf Idris di ruangan IKRAM Discussion Group di Facebook.
Apabila Wujud Keperluan atau Hajat Muamalat Maliyyah (urusan harta)
3. Penyaksian (urusan mahkamah)
Penyaksian wanita diterima syara. Di dalam kes-kes tertentu seperti dalam kes harta dan berkaitan.
4. Urusan kerja
Wanita diharuskan keluar rumah untuk bekerja dengan izin suami atau penjaganya. Urusan kerja kebiasaannya melibatkan pergaulan wanita dengan lelaki. Tambahan pula bilangan tempat kerja yang mengasingkan antara lelaki dan perempuan secara total amat terhad.
Harus bagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya. Ini kerana, kewujudan suami atau mahramnya untuk mengelakkan berlakunya ‘khalwah’ (bersunyi-sunyian) antara seseorang wanita dan tetamunya. Begitu juga, harus bagi seseorang wanita untuk makan bersama tetamunya dengan kehadiran suami atau mahramnya bagi menjaga hak-hak tetamu.
6. Keperluan lain yang tidak bertentangan dengan syariat
Oleh itu pergaulan yang berlaku contohnya dalam kenderaan awam dibolehkan atas alasan ianya adalah keperluan yang mendesak. Namun demikian, keharusan ini tertakluk kepada syarat perempuan itu keluar rumah bukan untuk tujuan yang tidak syarie seperti untuk berfoya-foya . Ia mestilah bertujuan syarie seperti bekerja untuk menyara diri atau keluarga , menziarahi keluarga , pesakit dan sebagainya. Begitu juga keadaannya jika seseorang wanita perlu ke tempat-tempat awam seperti stesen bas, keretapi, pasaraya dan sebagainya.
Pergaulan antara lelaki dan perempuan di dalam majlis-majlis keramaian yang tidak bertentangan dengan syarak seperti kenduri kendara atau majlis-majlis keraian, ziarah keluarga atau jiran serta sahabat, melayan tetamu dan sebagainya dibolehkan.
8. Pergaulan semasa belajar
Umum mengetahui bahawa situasi keadaan di Malaysia di mana semua rakyatnya berhak untuk mendapatkan pendidikan. Walau bagaimanapun, mungkin timbul dalam usaha menuntut ilmu ini, persoalan tentang pergaulan yang mungkin wujud semasa proses pembelajaran tersebut. Sebagai pelajar sudah tentu akan wujud bentuk komunikasi antara rakan sekelas seperti bertanya soalan, study group dan tugasan secara berkumpulan dan sebagainya. Semua ini jelas menunjukkan betapa pergaulan tidak dapat dielakkan semasa proses pembelajaran.
Adab-Adab Ikhtilat dalam Islam
Tidak bersentuhan antara perempuan dan lelaki ajnabi.
1.Tidak melihat perempuan atau lelaki secara mengamati dan menaikkan syahwat.
2.Memelihara aurat dan kehormatan. Aurat lelaki adalah antara lutut dan pusat manakala aurat perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tangan.
3. Tidak mengeluarkan kata-kata keji, lucah atau menunjukkan tingkahlaku yang mendorong kepada melakukan maksiat.
4. Tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap.
Andai anda mahu membaca lebih lanjut berserta dalil2 yang lebih meyakinkan, sila berjumpa Mr.Iq ~ ^_^
Tapi INGAT!! Jangan gunakan pengecualian2 di atas sebagai landasan untuk kita bermaharajalela di sebalik kelonggaran yang diberi. Don't take advantage!! Batas atau sempadan untuk pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan itu tetap ada walaupun terdapat kelonggaran tertentu yang berlandaskan syariat. Sila fahamkan dan amalkan lalu sebarkan~
{[['']]}
0 ulasan:
Catat Ulasan