Blogger news


MELAYAR BAHTERA

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera :)


"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurnia Nya), lagi Maha Mengetahui. (Surah An-Nur : 32)

Sabda Rasulullah S.A.W. "Apabila datang kepadamu seorang lelaki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahikah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi." [HR At-Tirmidzi & Ahmad]

"Di antara kebaikan wanita adalah mudah urusan melamarnya, mudah maharnya (mas kahwin), dan mudah rahimnya (mudah melahirkan zuriat)." [HR Ahmad & Ath-Thabrani. Majma' as-Zawa'id, 4/516, no.7482]



11 tahun berkejaran di alam persekolahan, 3 tahun berpayah di peringkat Diploma dan 3 tahun lagi meniti   jerih pada peringkat Ijazah Sarjana Muda. Alam pekerjaan mungkin belum sempat ditempuh, namun itu semua tidak menjadi penghalang untuk mereka melayari bahtera rumahtangga. ^_^

Begitulah kisah kebanyakkan daripada Alumni IKRAM UiTMPP. Alhamdulillah.. Jodoh mereka dipermudahkan untuk bernikah di usia yang muda. Allah percepatkan mereka bergelar suami isteri agar mereka dapat memberi sokongan antara satu sama lain secara sah di sisi syariat. Insya'Allah..


Di kesempatan cuti panjang Tahun Baru Cina, beberapa orang Alumni & ahli IKRAM telah berjaya menghadirkan diri ke majlis perkahwinan Alumni serta kakak kepada seorang Alumni.

Hari Pertama
Tarikh : 09.02.2013
Hari : Sabtu
Tempat : Meru, Klang, Selangor
Pengantin : Mohd. Khairul Izuan (Alumni) & Siti Dafina
Penyeri : Achik, Awe, Shaz

~ Majlis Perkahwinan Khai-Fina ~

Hari Kedua
Tarikh : 10.02.2013
Hari : Ahad
Tempat : Sg.Soh, Kuantan, Pahang
Pengantin : Mohd. Nor Shafiq (Alumni) & Roseliszai
Penyeri : Awe, Cha, Chaol, Shaz


~ Majlis Perkahwinan Shafiq-Eja ~

Hari Ketiga

Tarikh : 11.02.2013
Hari : Isnin
Tempat : Ampang, Kuala Lumpur
Pengantin : Tasneem (kakak Hannan) & Abdul 'Asim
Penyeri : Awe, Temah, Hannan, Fadhilah, Shaz



~ Majlis Perkahwinan Tasneem-'Asim ~


Melayar Bahtera
Tempoh pertunangan diharungi penuh sabar
Menguak segala cabaran dan dugaan
Menguji setiap detik kesabaran 
Meniti setiap saat perancangan
Kini tiba masa untuk disatukan
Melayari bahtera berlayarkan iman
Mengemudi bahtera berpaksikan Tuhan
Menepis ombak yang menjadi cabaran
Meredah belantara yang penuh kehijauan
Bersama-sama bergandingan tangan
Imam dan makmum merela perjuangan
Membentuk ummah tunggak & harapan
Itulah perkahwinan yang bertungjangkan Islam
Allah sentiasa terpahat di jiwa
Amalan mulia terpapar sentiasa
Menghadapi dugaan penuh redha
Usaha dan tawakkal menjadi ikutan
Andai datang badai gelora
Ingatlah Allah di mana saja
Doa dan hatimu sentiasa di dengarNya
Menghulur bantuan dengan cara tersendiri
Agar syukur di bibir selalu terpateri

SELAMAT PENGANTIN BARU SEMUA!! ^_^

MAFIA : Andai telah sampai masa untuk mendirikan rumahtangga, hantarlah wakil yang dipercayai untuk menguruskan segala persiapan majlis. Bersederhanalah dalam setiap urusan nescaya Allah akan permudahkan segala urusanmu. Janganlah disebabkan ingin menjadi RAJA SEHARI kita terpaksa merana 10 TAHUN. :)

{[['']]}

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

INSTA!

Join GanG KelajuAn

KOMEN TERKINI!