Blogger news


~~ Bersyukurlah ~~

~Salam Ramadhan Al-Mubarak~

Dari membuka mata sampai menutup mata…
Seawal pagi hingga selewat malam,
Bersihkanlah hati,

Bersyukurlah kita kepada yang Maha Pemberi kerana masih lagi diberi peluang untuk hidup hingga ke hari ini,
Disampaikan hingga di bulan Ramadhan yang penuh berkat,
Bersyukurlah kita kerana dilahirkan serta dihidupkan di dunia ini walau sementara,
Dengan kehidupan yang diberikan inilah kita dapat merasai pahit manis kehidupan,
Dapat melihat warna-warni kehidupan,
Percayalah, dengan sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepadaNya mampu menjadikan seseorang sentiasa positive!
Bagaimana?
Dengan bersyukur atas segala perkara yang berlaku tidak kira pahit atau manis,
Dan yakin bahawa setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya kerana kerana Allah tidak akan menjadikan sesuatu perkara itu dengan sia-sia.

Jom kita ambil contoh-contoh situasi yang biasanya berlaku dalam kehidupan seharian kita :


1) masalah berurusan/bekerja dengan sesuatu pihak.
mungkin - buat kerja lambat/sambil lewa/kurang bertanggungjawab/sikap yang kurang
disenangi?
~bersyukurlah kerana - dapat bertemu dengan orang sepertinya di kehidupan ini.
- sedar masih ada lagi kerja yang belum diselesaikan.
- dapat muhasabah diri kita balik siapa yang bermasalah dan
mencari solusi bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu.
- memberi pengalaman baru dan secara tidak langsung mematangkan
diri.

2) Kerja bertimbun? - assignment/test/projek/report/aktiviti/dan lain-lain.
~ besyukurlah kerana - masih ada kerja yang perlu dibuat daripada kebosanan tidak
membuat sebarang kerja.
- masih ada akal,pancaindera dan anggota badan yang sihat serta
sempurna membolehkan untuk menyiapkan kerja itu.
- masa yang ada kita gunakan untuk perkara yang berfaedah.
- dapat belajar bagaimana hendak membahagikan masa dengan bijak.
- dapat menambah ilmu dan mengasah skill.

3) Dibelanja makan? – Alhamdulillah…
~ bersyukurlah kerana - masih ada kawan di sisi kita.
- dapat merapatkan ukhuwwah
- masih ada rezeki untuk kita.
- masih ada deria rasa untuk menikmati makanan.
- dapat jimat dan simpan duit (~_^)

*Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar * dan Dia menciptakan jin dari nyalaan api tanpa asap * Maka, nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?*
(AR-RAHMAN : 14-16)


Tuntasnya, ucaplah ALHAMDULILLAH, syukur kita kepada ALLAH pada setiap tempat dan waktu. Gunakan nikmat yang diberikan untuk mentaati dan menghargaiNya, bukan mengingkariNya kerana DIA lah yang memberi segala nikmat! Ingatkanlah dan pujuklah hatimu supaya bersyukur selalu.. (*0*)


{[['']]}

1 ulasan:

 

INSTA!

Join GanG KelajuAn

KOMEN TERKINI!