Seorang guru kelas menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis sifat-sifat negatif dan mazmumah yang ada pada diri masing-masing ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah sifat yang ada.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis sifat negatif yang ada pada diri.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu cikgu tersebut. Murid-muridnya menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik hitam dan akhirnya menjadi buruk dan busuk . Murid-murid mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid cikgu itu sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa!
"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu itu. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
"Sebenarnya pisang itu boleh diibaratkan seperti 'hati' kita. Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita terus membiarkan sahaja hati tanpa ada sebarang penjagaan dan pemerhatian yang rapi. Ianya akan semakin hitam dan membusuk jika tidak dijaga dan dicuci selalu. Mungkin secara luaran tiada siapa yang tau bagaimana keadaan hati kita. Jadi,kenalilah diri-tepuk dada tanya iman.
Bau busuk itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan dan membiarkannya sepanjang hidup kamu?" cikgu itu bertanya.
Cikgu itu mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh apa-apa yang negatif dan mazmumah yang boleh merosakkan hati. Macam pisang yang makin membusuk, begitu juga hati manusia.
Sesungguhnya untuk mengotori 'hati' adalah sangat mudah,
tetapi untuk membersihkankannya pula adalah sangat susah.
Tetapi,ia bukanlah perkara yang mustahil. (^0^)
"Ya Allah ya tuhan kami,tetapkanlah hati kami dalam agamaMu dan juga dalam mentaatiMu," aamiiin..
to be continued...
{[['']]}
haha~ nasib baik den takdo cikgu camtuh~~
BalasPadamkekeke^^
kalau saya salah seorang dari anak2 murid, sudah pastinya saya sudah buat cucur pisang..ump... S E D A P...
BalasPadam